EURUSD Analisa Fundamental Harian 3 Dec 2014

42

belajar-fundamental-analysis-01

Euro Dollar melemah 36 mata pada sesi pembukaan New York semalam setelah hampir mencecah 1.2500 pada Isnin apabila pasaran mula member tumpuan pada mesyuarat ECB khamis ini dengan pelbagai spekulasi timbul tentang rancangan ECB selanjutnya.

Kejatuhan teruk harga minyak akan merangsang perbelanjaan kerana kos bahan api yang rendah dan seterusnya membantu menjana ekonomi Amerika Syarikat kata Timbalan Presiden Federal Reserve Stanley Fischer dan Presiden Federal Reserve New York William Dudley dalam satu acara yang berasingan di New York.  Kedua-duanya menekankan kesan positif ini walaupun ianya boleh merendahkan kadar inflasi dibawah matlamat yang ditetapkan Federal Reserve.

Pembuat polisi Federal Open Market Committee (FOMC) yang akan bermesyuarat semula pada 16 hingga 17 December ini akan mengambil kira harga minyak mentah dalam penilaian mereka terhadap inflasi dan ekonomi.  Penanda aras utama Feds untuk pengguna Amerika Syarikat naik 1.4% untuk Oktober bebanding bulan yang sama pada tahun lepas dan ini masih dibawah paras saranan 2% semenjak March 2012.

ECB yang diketuai Presiden Mario Draghi telah acapkali dalam setiap ucapannya menggesa setiap kerajaan dari Paris hingga Rome untuk membantu pakej ransangan ECB dengan membaik pulih ekonomi dan meningkatkan pelaburan mereka.  Gesaan ECB ini adakalanya tidak berkesan kerana terdapat isu-isu politik dalaman negara yang tidak dapat diselesaikan pada peringkat Kesatuan Eropah.

 

 
Dapatkan 100% Bonus atas nilai deposit anda jika anda bersama FxPrimus hari ini. Buka akaun segera – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat