EURUSD Analisa Fundamental Harian 3 Jun 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

Euro Dollar melonjak lebih 260 pips Selasa semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.0915 untuk mencecah paras tertinggi sekitar 1.1195, sebelum menutup sekitar paras 1.1150; setelah CPI tahunan Euro-Zone dilaporkan berada diatas paras sifar buat pertama kalinya dalam masa 6 bulan, malah lebih baik dari jangkaan.  Pada masa yang sama, data “factory orders” AS pula jauh meleset dari jangkaan.

Dalam pada itu dipasaran Eropah, ketua kedua-dua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Pusat Eropah (ECB) telah menghadiri rundingan di Berlin dalam usaha untuk mencapai perjanjian dengan Athens. Mereka menyertai Canselor Jerman Angela Merkel, Presiden Perancis Francois Hollande dan Ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker dalam mesyuarat itu. Menurut laporan, tujuannya adalah untuk membentangkan “cadangan akhir” kepada Athens kerana pembayaran kepada IMF sebanyak €300 juta (£215 juta) perlu dibuat pada Jumaat ini.

Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh pengurus aset Swiss GAM Holding AG, yang berpangkalan di Zurich, kira-kira 1/3 daripada pelabur menjangkakan Greece keluar dari Euro-Zone dalam tempoh 12 bulan akan datang. Hanya 9% daripada 78 pelabur yang disoal oleh GAM, meramalkan UK bakal meninggalkan Kesatuan Eropah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat