EURUSD Analisa Fundamental Harian 3 Mac 2016

42

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.0880 ke serendah $1.0825, sebelum menutup sekitar paras $1.0870; setelah pasaran kelihatan berehat seketika selepas tiga hari tekanan jualan yang memandu ‘pair’ ini ke paras terendah sejak 1 Februari. Pada masa yang sama, para trader bersedia menjelang mesyuarat Bank Pusat Eropah minggu depan yang bakal menajdi penentu sama ada Euro akan terus jatuh atau melonjak semula.

Di pasaran Eropah, kadar pengangguran Sepanyol dilaporkan meningkat sebanyak 0.05% pada Februari berbanding bulan sebelumnya, dengan 4.15 juta orang yang masih menganggur. Angka penganggur yang berdaftar dengan pejabat buruh Sepanyol dijangka menurun daripada 57,200 kepada 200 orang sahaja, malangnya laporan semalam menunjukkan 2,200 orang penganggur masih berada dalam sistem daftar penganggur Sepanyol.

[adrotate group=”6″]

Ekonomi Sepanyol yang merupakan antara lima kuasa ekonomi teras dalam Euro-Zone, selain Jerman, UK, Perancis, dan Itali, dengan kepadatan penduduk sekitar 47 juta; menyumbang kira-kira 7.6% daripada GDP Kesatuan Eropah.  Sebarang masalah dalam kuasa ekonomi teras ini boleh memberi petunjuk awal kepada masalah yang lebih besar, seperti yang berlaku kepada sistem perbankan Itali baru-baru ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat