EURUSD Analisa Fundamental Harian 3 Mei 2016

54

Euro Dollar terus memacu naik tanpa menoleh ke belakang Isnin semalam, lebih 80 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1535 sebelum menutup sekitar paras $1.1532; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada laporan pertumbuhan ekonomi Euro-Zone yang meningkat sedikit pada bulan April.  Pada masa yang sama, komen Presiden ECB Mario Draghi yang mempertahankan keputusan terbaru ECB membantu untuk mengapungkan nilai Euro.

Matawang yang dikongsi 18 negara Eropah itu meningkat untuk hari yang keenam, kenaikan paling lama sejak September lepas. Markit Economics berkata Indeks Pengurus Pembelian bulanan meningkat kepada 51.7 mata daripada 51.6 mata pada bulan Mac, di atas bacaan sementara 51.5 mata, walaupun sebagai data masih menunjuk kepada pertumbuhan sektor perkilangan yang lemah.

Walau bagaimanapun, laporan minggu lalu menunjukkan ekonomi berkembang lebih daripada jangkaan penganalisis pada suku pertama dan pengangguran menurun pada bulan Mac kepada kadar paling rendah sejak 2011. PMI pembuatan Jerman meningkat kepada 51.8 mata pada bulan April daripada 50.8 mata pada bulan sebelumnya. Di Perancis, sektor pembuatan terus jatuh pada bulan April. PMI pembuatan susut kepada 48.0 mata pada bulan April daripada 49.6 mata pada bulan sebelumnya.

“Euro-Zone sedang berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelum ini,” menurut Jeremy Stretch, ketua strategi tukaran asing di Canadian Imperial Bank of Commerce. “Para pelabur terus menjauhkan diri dari Amerika Syarikat. Data minggu terakhir April adalah mengecewakan, dengan Feds tidak memberikan isyarat yang jelas” bahawa kadar akan meningkat lebih cepat dan “ia menyebabkan pelabur mencari alternatif dan Euro telah membuat beberapa kenaikan yang sederhana,” tambah beliau lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat