Euro Dollar yang jatuh lebih 90 pips, pada awal sesi Asia Jumaat lalu, kembali memacu naik lebih 140 pips apabila pasaran Eropah dibuka; sebelum menutup pada sekitar 1.0880, diatas pivot minggu lepas. Kadar tukaran EUR|USD yang menutup dengan ‘bullish doji’ di carta mingguan, menunjukkan pasaran yang masih lagi terkesan dengan ‘bearish’ sentimen Dollar pasca mesyuarat FOMC yang lalu. Pivot mingguan yang baru adalah pada sekitar 1.0905
Di pasaran Eropah, para pedagang dilihat mula membeli Dollar semula, apabila kadar tukaran EUR|USD mencapai paras tertinggi sekitar 1.10525 pada hari Khamis lalu. Ketika ini para pelabur, pengurus dana, dan pedagang di Eropah, cuba mendapatkan kadar tukaran yang lebih baik untuk Euro mereka. Dengan perlancaran program Quantitative Easing (QE) yang dilancarkan ECB Januari lalu, dana-dana di Eropah mula mencari tapak pelaburan baru yang boleh memberi pulangan yang lebih baik.
Hari ini, CPI Jerman bakal menjadi perhatian dan ianya dijangka menyusut sebanyak 0.5% kepada 0.4% berbanding 0.9% pada sebelumnya. Dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat hari ini, Euro berpotensi untuk terus memacu naik, terutamanya jika CPI Jerman dilaporkan lebih baik dari jangkaan.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni