EURUSD Analisa Fundamental Harian 31 Mac 2016

44

Euro Dollar terus memacu naik lebih dari 75 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1365, sebelum menutup sekitar paras $1.1335; setelah Euro terus meningkat terkesan daripada ucapan Pengerusi Feds, Janet Yellen yang menegaskan bahawa Bank Pusat AS perlu berhati-hati dalam menaikkan kadar. Beliau turut menonjolkan risiko luaran termasuk harga minyak yang rendah dan pertumbuhan yang lebih perlahan.

Sebelum daripada itu, minggu lalu, beberapa Presiden Feds cawangan memberikan pelabur gambaran bahawa kadar AS boleh meningkat dua kali tahun ini, dengan kenaikan pertama datang seawal April. Puan Yellen meremehkan komen mereka dan kini kontrak niaga hadapan Dana Feds menunjukkan bahawa Feds AS mungkin tidak akan menaikkan kadar pada tahun ini.

[adrotate group=”6″]

Hari ini trader mendapat peluang untuk bertindak balas terhadap data pekerjaan sektor swasta AS yang terkini daripada ADP.  Malam tadi ADP melaporkan bahawa sektor swasta menambah 200 ribu pekerjaan berbanding 195 ribu yang dijangkakan.  Namun angka sebelumnya disemak semula lebih rendah dari 214 ribu kepada 205 ribu pekerjaan.

Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan angka inflasi yang dijangka lebih baik dari 0.2% di bawah sifar kepada 0.1% di bawah sifar.  Inflasi teras pula dijangka meningkat dari 0.8% kepada 0.9%.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan angka tuntutan pengangguran yang dijangka sedikit meningkat dari 265 ribu kepada 266 ribu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat