EURUSD Analisa Fundamental Harian 6 April 2016

43

Euro Dollar terus berada dalam dagangan bercampur-campur untuk hari kedua Selasa semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $1.1405 ke serendah $1.1335 sebelum menutup sekitar paras $1.1382; setelah data PMI untuk Euro-Zone dan Jerman telah keluar dengan agak mengecewakan. Angka tempahan sektor perkilangan Jerman juga meleset dari jangkaan.

Di pasaran Eropah, indeks PMI Euro-Zone, yang disusun oleh Markit, telah disemak turun kepada 53.1 mata daripada bacaan awal 54 mata – bacaan terendah sejak Januari 2015. Penurunan ini telah didorong oleh semakan negatif di Itali, Perancis dan Jerman, yang semuanya menyaksikan sektor perkhidmatan mereka bertukar kepada prestasi yang lemah pada bulan Mac. Menurut pakar makroekonomi Pantheon, Claus Viersen, “Kelemahan sektor perkhidmatan di tengah-tengah sektor pembuatan yang lembap adalah membimbangkan.”

[adrotate group=”6″]

Sektor perkhidmatan Perancis berada di bahagian bawah kumpulan itu, menguncup untuk bulan kedua berturut-turut selepas PMI disemak turun kepada 49.9 mata daripada bacaan awal pada 51.2 mata. Ini adalah kali pertama ia telah menguncup untuk dua bulan berturut-turut sejak 2014. PMI perkhidmatan Jerman pula telah turun kepada 55.1 mata daripada bacaan awal pada 55.5 mata, sekaligus mengheret PMI komposit turun kepada 54 mata daripada 54.1 mata.

Pertumbuhan dalam kerja baru semakin perlahan kepada paras yang paling lemah dalam tempoh lima bulan, manakala pertumbuhan pekerjaan jatuh ke paras paling perlahan sejak Julai tahun lepas.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan inventori minyak mentah yang dijangka bertambah sebanyak 3.1 juta tong berbanding 2.3 juta tong sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat