EURUSD Analisa Fundamental Harian 6 Jan 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006Euro Dollar yang dibuka dengan “gap down” Isnin semalam, terus merudum lebih 80 mata untuk mencatakan paras terendah dalam tempoh 5 tahun sekitar 1.1865 dibawah major handle 1.2000 selepas “unemployment change” Sepanyol dan CPI Jerman keluar meleset dari jangkaan.  Pasaran yang semakin gusar dengan krisis politik di Greece dan pelbagai masalah ekonomi yang menghantui Euro Zone, dilihat bakal terus menjual euro selari dengan Presiden ECB Mario Draghi yang mahu menjana ekonomi melalui eksport dengan melemahkan euro.

Kejatuhan euro yang berterusan ini adalah kesan dari ucapan dasar ECB pada mesyuaratnya December lalu yang mahu melancarkan “quantitative easing” (QE) seperti Amerika Syarikat dan Jepun.  Walaupun ECB telah menurunkan “interest rate” ke paras terendah dalam sejarahnya, ekonomi masih belum menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang jelas.  Nilai EUR|USD telah pun berada dibawah paras jangkaan para penganalisa di Bank of America untuk 2015 iaitu 1.2000

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Euro-Zone hari ini, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran terutamanya jika “non-manufacturing PMI” AS keluar lebih baik dari jangkaan 58.5 dan 59.3 bulan lepas.

Rebut peluang untuk dapatkan akaun trade forex tanpa rugi selama setahun dari One Financial Markets, Broker Regulated UK dari London – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat