EURUSD Analisa Fundamental Harian 7 Jan 2016

33

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-004

Euro Dollar melonjak lebih 75 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.0800 sebelum menutup sekitar paras $1.0780; setelah pasaran berehat daripada kejatuhan yang paling teruk dalam tempoh sebulan, apabila data ekonomi yang lemah dari seluruh dunia membantu menyokong Dollar AS menjelang laporan pekerjaan NFP yang dinanti-nantikan pada Jumaat ini.

Di pasaran Eropah, bacaan akhir bagi sektor perkhidmatan Euro-Zone telah disemak semula kepada 54.2 mata (jauh melebihi bacaan 50 yang membahagikan penguncupan dan pertumbuhan) daripada anggaran awal sebanyak 53.9 mata. Ini bermakna sektor ini masih bertahan dari bulan ke bulan apabila bacaan akhir bulan Disember adalah sepadan dengan November, pada 54.2 mata. Pada masa yang sama, PMI komposit, yang menggabungkan sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan, juga disemak semula kepada 54.3 mata daripada anggaran awal sebanyak 54 mata.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan tempahan pekilang Jerman yang dijangka merosot dari  1.8% kepada 0.1% dan jualan runcit Jerman yang dijangka meningkat dari 0.4% di bawah sifar kepada 0.5%. Kadar pengangguran seluruh Euro-Zone pula dijangka stabil pada 10.7%.  Malamnya pula Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka menurun dari 287 ribu kepada 271 ribu pemohon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat