EURUSD Analisa Fundamental Harian 8 Oct 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-002

Euro Dollar susut lebih 70 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1210 sebelum menutup sekitar paras 1.1235; setelah pesanan untuk barangan perkilangan Jerman dilaporkan jauh meleset dari jangkaan. Pasaran juga memantau rapat Federal Reserve AS yang akan menyiarkan minit mesyuarat dasar terakhirnya pada hari ini. Selama berbulan-bulan, jangkaan telah naik tinggi bahawa Feds mungkin akan menaikkan kadar pada mesyuarat September lalu.

Walau bagaimanapun, Feds terus berdiam diri dan dolar AS menghadapi tekanan jualan dari pesaing-pesaingnya. Pada masa yang sama, kenyataan dasar masih mempunyai nada agresif, yang memberikan pasaran harapan bahawa Feds masih boleh membuat satu kenaikan sebelum akhir tahun ini.  Namun harapan ini sebahagian besarnya telah putus, ekoran laporan suram NFP minggu lalu, apabila hanya 142 ribu pekerjaan telah diwujudkan, berbanding dengan anggaran 201 ribu.

[adrotate group=”6″]

Walau bagaimanapun, sentimen pasaran boleh berubah dengan segera, terutamanya jika AS melantun dengan beberapa data yang kukuh; pasaran mungkin akan melihat lebih banyak keyakinan tentang kenaikan kadar. Dengan latar belakang ini dalam minda penganalisis, minit Feds hari ini akan menjadi penting dan boleh memberi kesan ke atas pergerakan EUR/USD.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat