Euro Dollar menjunam lebih 180 pips dalam masa sejam pada Jumaat lalu, ke paras terendah dalam masa 6 bulan sekitar 1.0705 sebelum menutup sekitar 1.0740; setelah Pengeluaran Perindustrian Jerman dilaporkan lebih rendah daripada jangkaan. Pada masa yang sama, laporan lonjakan dalam pekerjaan AS yang mengatasi setiap jangkaan bakal mencetuskan kenaikan kadar pada Disember ini; sekaligus menambah permintaan untuk Dollar dan merudumkan Euro.
Peningkatan yang ditunggu-tunggu dalam gaji pekerja akhirnya menjadi kenyataan. Purata upah setiap jam yang dibayar kepada pekerja-pekerja Amerika meningkat 0.4% pada bulan Oktober dan mencatatkan kenaikan paling tinggi dalam masa 12 bulan sejak pertengahan 2009. Pekerja biasa memperolehi $25.20 sejam pada bulan Oktober, naik 9 sen dari bulan sebelumnya. Dari Oktober 2014 hingga Oktober 2015, upah meningkat 2.5% – kenaikan tahunan terbaik sejak Amerika Syarikat keluar dari kemelesetan pada Jun 2009.
[adrotate group=”6″]
Amerika Syarikat menambah peluang pekerjaan baru pada kadar terpantas tahun ini, pada Oktober lalu; sekaligus membawa kadar pengangguran AS turun ke paras tujuh tahun terendah dan dijangka menetapkan Federal Reserve AS untuk menaikkan kadar sebelum tahun ini berakhir.