EURUSD Analisa Fundamental Harian 9 Oct 2015

26

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-003

Euro Dollar turun naik bercampur campur Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.1235 ke setinggi 1.1325 sebelum menutup sekitar paras 1.1275, lebih tinggi dari pembukaan 1.1235; setelah para pedagang mengkaji penurunan dalam imbangan perdagangan Jerman yang terus bertambah suram bulan ini. Dolar AS juga terus lemah apabila para pedagang menjadi lebih yakin bahawa tidak akan ada kenaikan kadar pada tahun 2015.

Lebihan dagangan Jerman meleset dari ramalan pada bulan Ogos, kerana eksport mencatatkan penurunan mengejut dalam masa hampir tujuh tahun. Lebihan dagangan Jerman, selepas diselaraskan untuk perubahan bermusim dan kesan kalendar, mengecil kepada €19.6 bilion ($22.1 bilion) dari semakan €22.4 bilion pada bulan Julai, sedikit rendah dari ramalan €22.5 bilion, menurut data daripada Pejabat Statistik Persekutuan Eropah semalam.

[adrotate group=”6″]

Eksport merosot sebanyak 5.2% daripada bulan sebelumnya kepada €97.7 bilion pada bulan Ogos. Itu adalah penurunan mengejut sejak Januari 2009, menurut seorang pakar ekonomi di Destatis. Import pula jatuh sebanyak 3.1% kepada €78.2 bilion. Walau bagaimanapun, pakar ekonomi Destatis berkata kaedah ekonomi pelarasan bermusim, tidak boleh membaca sepenuhnya kesan cuti musim panas.

Euro juga meningkat berikutan penerbitan minit mesyuarat ECB untuk September lalu. Walaupun Bank Pusat Eropah telah memberi isyarat kesediaan untuk menambah rangsangan seperti yang diperlukan, pemulihan pantas dalam jangkaan inflasi sejak akhir Ogos; mungkin telah mematikan keperluan tersebut dalam masa terdekat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat