EURUSD menokok 16 mata kepada harga 1,2955 apabila para pedagang mula mentafsir tindakan dari Bank Sentral Eropah (ECB) dan bantuan ekonomi kepada zon Euro. Hampir tidak ada data atau berita yang dikeluarkan bagi negara zon Euro atau Amerika pada hari ini, ini sekaligus memberi peluang pada pedagang untuk mengambil sedikit keuntungan ke atas pasaran yang dijangka tidak begitu volatile. Data NFP pada minggu lepas juga sedikit memberi kekecewaan apabila pertumbuhan pekerjaan perlahan kepada hanya 142,000. Kaji selidik isi rumah sebaliknya menunjukkan tanda-tanda peningkatan.
Pengerusi Rizab Persekutuan (FED) Yellen, sekali lagi menunjukkan kepada pentingnya angka gaji. Kerana ia bukanlah satu idea yang baik untuk melihat hanya pada satu petunjuk tunggal, penganalisis telah menambah pada akhir laporan beberapa petunjuk gaji lain, yang mungkin memberi gambaran yang lebih lengkap mengenai perkembangan terkini dalam angka gaji. Walaupun petunjuk gaji yang paling popular, purata pendapatan setiap jam gagal menunjukkan sebarang tanda-tanda peningkatan, petunjuk lain pula menunjukkan gambaran yang lebih bercampur-campur. Indeks kos pekerjaan meningkat mendadak pada Q2, upah pekerja pengeluaran dan bukan penyeliaan mengambil masa untuk pulih manakala perniagaan kecil melaporkan peningkatan ketara dalam pampasan.