Eur/Usd Menjunam 67 pip Sejak Dua Jam Lepas !

42

Eur/Usd pada hari ini masih meneruskan penurunan selepas jatuh sebanyak 88 pip dari paras tertinggi Isnin. Hari ini pasangan matawang ini sudah pun jatuh sebanyak 67 pip dari paras tertinggi Selasa ke paras terendah di 1.0423 semasa artikel ini ditulis.

Untuk pengetahuan pembaca kejatuhan Eur/Usd ketika ini hanya berlaku kurang dari dua jam dagangan sejak pukul 3 petang tadi waktu Malaysia.

Ketika ini Eur/Usd didagangkan pada harga 1.0423 dan semakin menghampiri support dan paras terendah minggu lalu. Ketika ini, dagangan masih lagi dalam jumlah yang kecil berikutan pasaran awal tahun yang baru dibuka. Ramai pemain pasaran yang belum kembali dari cuti dan dijangka jumlah dagangan akan terus meningkat mulai hari ini sehingga hari seterusnya.

Disebabkan jumlah dagangan yang begitu kecil, pasaran mudah untuk bergerak naik dan turun dalam jangka masa yang singkat disebabkan aktiviti short-term trader (trader jangka masa pendek).

Pair Eur/Usd akan berhadapan news impak tinggi pada pukul 11 malam ini iaitu pengumuman data indeks sektor pembuatan US (ISM Manufacturing PMI). Bacaan yang jauh lebih baik dari ramalan pasaran, dijangka akan membenam matawang euro dan menguatkan kecenderungan pergerakan Eur/Usd ke bawah.

Ketika ini pasaran dilihat agak berisiko dengan indeks volatiliti (VIX) dilihat semakin meningkat berikutan jumlah dagangan yang sedikit dan peralihan pemerintahan Obama kepada Trump pada 20 Januari ini. Disebabkan hal ini, ramai pemain pasaran dalam keadaan ‘tunggu dan lihat’ sehingga kemasukan Trump ke White House.

Eur/Usd time-frame 15 minit

 

Dua Sebab Kenapa Akaun Demo Boleh Membunuh Anda!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat