EV Keluaran Toyota & Subaru Ditarik Balik, Saham Syarikat Terus Tumbang

1,415

‘Isu besar ni, nasib tarik balik kalau tak, mahu lagi banyak kemalangan.’

Kereta elektrik (EV) pertama keluaran 2 syarikat gergasi automotif Jepun, Toyota Motor Corp dan Subaru Corp di pasaran global terpaksa ditarik balik ekoran masalah risiko tayar melonggar.

Sumber dari pengawal selia keselamatan Jepun menyatakan bahawa EV tersebut mengalami pelonggaran skru ketika melakukan selekoh tajam dan brek mengejut, yang boleh membawa kepada risiko roda terkeluar dari kenderaan.

Sebaik pengumuman penarikan balik tersebut dibuat, saham kedua-dua syarikat mengalami penyusutan ketara.

Saham Subaru dilihat menyusut 5% manakala saham Toyota menurun 1.6%.

Difahamkan bahawa sebanyak 2,700 unit bZ4X SUVs keluaran Toyota terpaksa ditarik balik selepas 2 bulan dilancarkan ke pasaran global, di mana Eropah menerima 2,200 unit, Amerika Syarikat (AS) 260 unit, Kanada 10 unit dan 110 unit dalam pasaran Jepun.

Ia secara tidak langsung menjejaskan rancangan syarikat sebelum ini untuk menyaingi EV keluaran gergasi Tesla Inc.

Namun, jurucakap Toyota menegaskan bahawa bukan semua model akan ditarik balik.

Pada sisi Subaru pula, sumber mengatakan bahawa sebanyak 2,600 unit Solterra di pasaran global terpaksa ditarik balik.

Sebagai makluman, Toyota memiliki 20% kepentingan dalam Subaru dan EV yang ditarik balik tersebut merupakan model usaha sama antara kedua-dua syarikat tersebut.

Dalam pada itu, ini bukan kali pertama Toyota mengalami masalah dengan kenderaan keluarannya.

Sebelum ini model hibrid Toyota Pirus, yang menjadi kegemaran ahli alam sekitar, mendapat kecaman kerana melobikan kenderaan tersebut neutral karbon walhal ia masih dikuasai dengan tenaga gasolin sepenuhnya.

Suka di maklumkan bahawa kenderaan jenis hibrid yang dikuasai gasolin masih popular di Jepun berbanding EV sepenuhnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat