Kementerian Pengangkutan Taiwan hari ini mendenda EVA Airways Corp sebanyak $ 1 juta setelah salah seorang juruterbangnya didapati bersalah kerana menyebarkan virus Covid-19. Hal ini demikian kerana dia didakwa gagal mengikuti peraturan pencegahan penyakit.
Untuk pengetahuan semua, Taiwan hingga minggu ini tidak melaporkan sebarang kes penularan domestik sejak 12 April, didorong oleh langkah pencegahan awal yang berkesan untuk menghentikan penyebaran virus, termasuk pemakaian topeng muka secara besar-besaran dan kuarantin wajib untuk semua pelancong.
Tetapi, pengumuman Selasa lalu amat mengejutkan pemerintah negara itu apabila seorang wanita yang merupakan rakan juruterbang New Zealand telah disahkan dijangkiti awal minggu ini dengan penerbangan ke Amerika Syarikat.
Oleh yang demikian, EVA Air telah memecat juruterbang itu, yang sedang dirawat di hospital.
Walau bagaimanapun, kes berkenaan telah mencetuskan kemarahan orang ramai setelah apabila juruterbang berkenaan tidak melaporkan semua kontak rapat dan lokasinya, atau memakai topeng muka di kokpit.
Menurut sebuah penyataan, Kementerian Pengangkutan mendedahkan bahawa syarikat penerbangan itu belum sepenuhnya menerapkan langkah pencegahan wabak. Sehubungan dengan itu, kementerian itu akan mendenda syarikat penerbangan berkenaan sebanyak $ 1 juta, denda maksimum yang dapat dikemukakan.
Di samping itu, syarikat penerbangan tersebut digesa untuk memperketat langkah pencegahan wabak mereka untuk kru udara serta menguatkuasakan peraturan baru sendiri.
Justeru itu, EVA Air, telah memohon maaf atas kejadian itu, dan tidak mahu mengemukakan sebarang respon berhubung isu berkenaan.