Evergrande China Gantung Dagangan Di Bursa Hong Kong. Apa Kes ni?

266

‘Lama tak dengar cerita dari Evergrande, tau-tau dah gantung dagangan…lagi.’

Bursa utama Hong Kong dalam pemfailan mengesahkan Evergande Group China menggantung dagangannya serta unit-unit lain syarikat pada sesi Isnin.

Menurut pemfailan, saham Evergrande Group, Evergrande Property Services Group dan China Evergrande New Energy Vehicle Group telah digantung dagangannya tanpa memberi sebarang sebab yang dikemukakan.

Penggantungan tersebut merupakan kali ke-2 dalam tahun ini, menjelang obligasi pembayaran balik yang dijangkakan pada Rabu sebanyak US$1.4 bilion.

Umum mengetahui bahawa Evergrande China sedang dalam penstrukturan semula hutang bernilai lebih $300 bilion atau RM1.2 trilion, selain turut bergelut dengan usaha kerajaan Beijing yang sedang mengekang hutang berlebihan dalam sektor hartanah.

Buat masa ini, Evergrande telah berjaya mengelak daripada terkena status default bagi bon teknikal onshore namun sudah beberapa kali melewati pembayaran balik bon offshore-nya.

Sementara itu, pelabur sedang memberi tumpuan kepada aset-aset yang bakal dijual oleh syarikat tersebut selepas menghadapi tekanan kuat daripada pemegang bon dan pemiutang offshore-nya.

Dalam pada itu, unit onshore syarikat telah mengesahkan bahawa mereka telah mendapat kelulusan penangguhan pembayaran kupon bagi nota 4 bilion Yuan, ia menandakan hutang tersebut tidak akan mencetuskan bon default.

Saham Evergrande Group naik 3.8% di Hong Kong tahun ini selepas menjunam teruk 89% pada tahun 2021.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat