Evergrande Setuju Bayar Yuran Kumpulan Pemiutang Luar Negara

192

‘Lagi-lagi usaha penstrukturan semula hutang oleh firma dengan hutang terbanyak di dunia.’

China Evergrande Group telah bersetuju untuk membayar yuran penasihat bagi kumpulan pemegang bon yang bekerja dengan firma pemaju hartanah yang ketandusan wang tunai semasa penstrukturan semula hutangnya itu.

Pemiutang yang dinasihatkan oleh Moelis & Co dan Kirkland & Ellis telah memula persediaan bagi rundingan pada Oktober lalu, iaitu selepas Evergrande menangguhkan pembayaran faedah ke atas salah satu bon luar negara (off shore) serta melaporkan rancangan mengenai penjualan aset tertentu.

Sementara itu, wakil dari Houlihan Lokey Inc yang juga merupakan penasihat firma dilihat enggan mengulas.

Umumnya, krisis hutang Evergrande sangat menarik perhatian dunia kerana ia memberi kesan risiko lebih besar dalam sektor hartanah China.

Dengan liabiliti sebanyak US$300 bilion, Evergrande secara tidak langsung menjadi firma gergasi dengan hutang paling banyak di dunia.

Dalam pada itu, Selasa lalu Wall Street Journal ada melaporkan butiran mengenai perjanjian pembayaran yuran tersebut, yang merupakan pengaturan standard dalam kebanyakan penstrukturan semula hutang Amerika Syarikat (AS).

Hutang off shore Evergrande kini didagangkan untuk beberapa sen pada dolar dalam prospek lemah bagi penstrukturan semula.

Nota 9.5% 2024 firma, hutang yang tertakluk pada pembayaran tertunda pada Oktober, didagangkan 13 sen pada dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat