F.O.M.C Kekal Kadar Faedah 2% – Kenaikan Seterusnya Dijangka Pada September

406

The Federal Reserve mengekalkan kadar faedah seperti yang dijangka pada Khamis dan menunjukkan isyarat kelangsungan hala tuju kenaikan kadar faedah jika ekonomi Amerika Syarikat terus berkembang.

The Fed mengekalkan kadar faedah pada paras 2.00% dengan memberikan panduan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur sekaligus meyakinkan pasaran bahawa bank pusat ini di landasan yang tepat untuk membuat dua lagi kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Potensi kenaikan kadar faedah untuk bulan September berada di sekitar 90% naik daripada 80% sebelum pengumuman dasar monetari. Manakala, 60% kebarangkalian bagi kenaikan kadar faedah bulan Disember.

Sebelum ini, bank pusat menaikkan kadar faedahnya pada bulan Jun, dalam masa yang sama menunjukkan kenaikan empat kali kadar faedah pada tahun ini meningkat daripada hanya tiga kali.

Terdapat dua perkara yang akan diambil kira oleh Fed dalam penggubalan dasar monetari iaitu gunatenaga (employment) dan inflasi. Pasaran pekerjaan seperti yang kita tahu semakin ketat (baik), di mana kadar inflasi keutamaan bank pusat iaitu Core-PCE bergerak di sekitar sasaran 2.0%.

Pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pula semakin kukuh pada suku kedua 2018 naik daripada hanya 2.0% kepada 4.1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat