Facebook Bakal Umumkan Matawang Crypto – Harga Bitcoin Cecah Melebihi $9,000!

872

Setelah sekian lama iaitu sejak Mei tahun lepas, harga Bitcoin berada di bawah paras $9,000. Namun pada hari ini, harga Bitcoin mencecah melebihi paras $9,000 berikutan laporan bahawa Facebook akan mengumumkan rincian matawang cryptonya seawal hari Selasa ini.

Harga Bitcoin melonjak naik ke paras tertinggi 13 bulan pada harga $9,381.82 seunit. Peningkatan sebanyak 140% sejak awal permulaan tahun ini.

Hal ini berikutan informasi bahawa Facebook dijadualkan akan mengumumkan alat transaksi terbaru mereka yang berasaskan matawang crypto pada hari Selasa. Langkah yang diambil oleh Facebook telah mendapat sokongan berbagai syarikat gergasi dunia. Antaranya ialah Visa, Mastercard, PayPal dan Uber.

Syarikat-syarikat tersebut bersetuju untuk melabur sebanyak $10 juta dolar dalam projek matawang digital Facebook. Matawang digital Facebook akan disandarkan pada ‘currency basket‘ sebagaimana menurut Laura McCracken (Head of Financial Services and Payment Parntnerships Facebook untuk Eropah Utara).

Penglibatan syarikat gergasi seperti Facebook dan AT&T dijangka bakal merancakkan lagi industri matawang crypto pada masa hadapan. Menurut penganalisis RBC Capital Markets, mereka percaya matawang digital Facebook ini akan menjadi salah satu tanda sejarah paling penting yang dilakukan oleh syarikat Facebook.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat