Facebook Balas Dendam!

877

Berikutan dengan siasatan pemaju aplikasi yang dikenakan terhadap Facebook yang bermula pada Mac 2018, syarikat itu telah mengambil tindakan dengan menggantung puluhan ribu aplikasi di rangkaian sosial sebagai respon kepada Cambridge Analytica.

Aplikasi yang digantung melibatkan kira-kira 400 pembangun aplikasi namun menyatakan tindakan tersebut bukanlah satu petunjuk bahawa aplikasi tersebut memberi ancaman kepada pengguna.

Bagi menyelesaikan siasatan kerajaan pada awal tahun ini, Facebook Inc telah menyatakan persetujuan untuk membayar denda sebanyak $5 bilion dolar kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC).

Siasatan tersebut dilakukan pada tahun lalu berdasarkan tuduhan bahawa Facebook telah melanggar undang-undang perjanjian 2012 dan melibatkan perkongsian maklumat kira-kira 87 juta pengguna dengan firma perundingan politik British, Cambridge Analytica.

Oleh yang demikian, syarikat tersebut telah bersetuju untuk memperkasakan perlindungan terhadap data pengguna dan mengehadkan jumlah maklumat yang boleh diminta oleh pemaju pihak ketiga daripada pengguna.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat