Facebook Mengalami Kejatuhan Saham Terbesar Dalam Sejarah : Zuckerberg Dipersalahkan

1,319

Mark Zuckerberg, Ketua Eksekutif yang juga merangkap Pengerusi kepada gergasi media sosial Facebook mengalami kerugian sehingga $15.7 billion. Facebook merekodkan kejatuhan terbesar dalam sehari sejak disenaraikan di Wallstreet (pasaran saham Amerika Syarikat).

Nilai saham Facebook itu jatuh sebanyak 18 peratus dalam sesi dagangan hari Khamis yang membawa nilai kekayaan beliau kepada $66.8 billion.

Pelabur bimbang dengan komen yang telah dikeluarkan oleh pihak Facebook tentang kemerosotan keuntungan di masa akan datang. Laporan mengatakan pegawai Facebook menyatakan pertumbuhan pendapatan dijangka perlahan berikutan fokus syarikat kepada aspek ‘privasi’.

Kejatuhan nilai saham itu juga telah menyebabkan Zuckerberg jatuh ke tangga keenam dalam senarai individu terkaya dunia di belakang Jeff Bezos dan Warren Buffet. Untuk rekod, kekayaan Bezos melebihi Zuckerberg sebanyak $81.9 billion setakat pada penilaian hari Khamis.

Tren Kejatuhan Saham Facebook. Sumber : Investing.com

Antara Sebab Utama Kejatuhan Saham Facebook : Trilium

Trillium Asset Management yang memegang $11 juta saham Facebook mahu Zuckerberg disingkirkan dari jawatan Pengerusi. Trilium menghantar cadangan dan menyatakan bantahan terhadap beliau yang memegang kedua-dua jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Jonas Kron naib presiden Trilium berpendapat pengasingan jawatan CEO dan Pengerusi adalah satu perkara asas terhadap Facebook pada masa ini. Tambahnya, Google, Microsoft, Apple dan Twitter mengasingkan kedua-dua jawatan ini.

“Dia (Zuckerberg) mengawal 60% undian,” demikian kata Kron.

Untuk pengetahuan anda, Zuckerberg memulakan projek Facebook hanya dari bilik kolej beliau semasa di Universiti Harvard pada 2004.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat