Facebook Tak Puas Hati Lagi Dengan Apple!

523

Facebook menuduh Apple menggunakan kuasanya untuk membahayakan golongan pemaju dan pengguna kerana menyambut baik rancangan undang-undang yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Eropah, cabang eksekutif EU.

Undang-undang baru yang diumumkan pada Selasa itu dikenali sebagai Digital Markets Act (DMA) dan Digital Services Act (DSA) dirancang untuk memastikan syarikat gergasi teknologi dikendalikan dengan baik.

Selain itu, DMA memperkenalkan peraturan untuk platform yang bertindak sebagai medium pengawalseliaan di sektor digital, sementara DSA bertujuan untuk menangani konten yang menyalahi undang-undang dan berbahaya.

Menurut jurucakap Facebook, mereka berharap DMA juga akan menetapkan undang-undang terhadap Apple kerana syarikat berkenaan didakwa mengawal seluruh ekosistem dan menggunakannya untuk membahayakan pemaju dan pengguna, serta platform besar seperti Facebook.

Walau bagaimanapun, Apple mahu mengemukakan sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Berdasarkan sebuah kenyataan, Suruhanjaya EU mendedahkan bahawa mereka boleh menjatuhkan hukuman sehingga 10% dari jumlah perolehan tahunan syarikat di seluruh dunia jika mereka melanggar peraturan yang dicadangkan.

Sebelum ini, Apple dan Facebook dikhabarkan telah berhadapan dengan krisis apabila Apple mengumumkan alat privasi yang membolehkan pengguna menyekat pengiklan di pelbagai aplikasi.

Ketika ianya diumumkan, Facebook, yang memperoleh pendapatan daipada aktiviti pengiklanan, mendakwa bahawa ianya akan merugikan developers. Sehubungan dengan itu, Apple mengemukakan sebuah kenyataan bahawa ianya adalah pilihan pelanggan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat