Facebook & TikTok Rupanya Beroperasi Secara Haram Di Jepun, Dattebayo!

134

‘Patut lah jarang nampak live bundle dari negara Jepun dekat TikTok sebelum ini.’

Aplikasi Facebook dan TikTok ‘sipi-sipi’ terlepas tarikh akhir keperluan pendaftaran di Jepun selepas kerajaan negara Matahari Terbit tersebut terus mendesak pengawasaan terhadap syarikat teknologi.

Menerusi kenyataan Nikkei, Meta Platform Inc dan ByteDance Inc telah berjaya mendaftarkan aplikasi tersebut sehari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan Kementerian Kehakiman Jepun iaitu pada petang Selasa lepas.

Sebagai konteks, sebarang syarikat yang menjalankan perniagaan di Jepun perlu mendaftarkan aktiviti mereka bagi tujuan memudahkan tindakan undang-undang terhadap sebarang aduan seperti penyalahgunaan dalam talian di Jepun.

Di bawah arahan tersebut sebanyak 28 daripada 48 syarikat difahamkan sudah melengkapkan padaftaran di bawah undang-undang telekomunikasi Jepun tersebut sebelum tarikh akhir iaitu Selasa.

Dan 7 syarikat setakat ini difahamkan gagal mematuhi arahan tersebut dan menghadapi denda serta perlu mengemukakan kertas kerja pendaftaran secepat mungkin.

Dalam pada itu, Google dan Microsoft merupakan antara syarikat lain yang telah berjaya mendaftarkan aktiviti perniagaan mereka di Jepun sementara status pendaftaran Twitter masih tertangguh.

Menyingkap rekod, Meta sebelum ini memberitahu Nikkei bahawa mereka ‘enggan meneruskan perniagaan di Jepun‘ dengan tidak akan mematuhi keperluan pendaftaran tersebut namun bertindak sebaliknya selepas mengadakan rundingan dengan Kementian Kehakiman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat