Fahami Kenapa Kenaikan Kadar AS Tidak Beri Impak Besar Kepada Malaysia

640

‘Ada juga kelebihan naikkan kadar semalaman sebelum ini rupanya.’

World Bank Group menjangkakan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) tidak akan memberi kesan besar kepada Malaysia berbanding negara Asia Timur dan Pasifik (EAP) lain.

Menurut kenyataan World Bank Group, faktor kadar pertukaran fleksibel termasuk rizab antarabangsa Malaysia yang besar mampu membendung kejutan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Diperincikan bahawa kadar pertukaran Malaysia yang fleksibel, hutang luar denominasi dolar yang rendah dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 0.9% dan rizab antarabangsa sebanyak $115.6 bilion atau perlindungan import selama 5.9 bulan, boleh menampung impak negatif pengetatan dasar AS.

Selain itu, asas pelabur institusi domestik yang mendalam serta prospek pemulihan ekonomi dengan harga komoditi yang tinggi juga melindungi negara disebalik kenaikan kadar tersebut.

Mengulas laporan Pemantuan Ekonomi Malaysia bagi Jun 2022, peningkatan kadar dasar Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini telah membina lebih banyak ruang monetari andai berlaku kejutan tidak dijangkakan pada masa hadapan.

Dalam pada itu, World Bank mengunjurkan KDNK Malaysia berkembang 5.5% pada 2022 berbanding 3.1% tahun sebelumnya hasil dorongan oleh lantunan kukuh terhadap permintaan pengguna.

Disamping itu, unjuran bagi 2023 pula pada 4.5% dan pada 2024 sebanyak 4.4%.

Pada masa yang sama indeks harga pengguna (CPI), yang mengukur inflasi Malaysia, juga diramalkan menaik namun kekal secara relatifnya mendatar antara 2.5% dan 3.5% pada 2022 berbanding 2.5% pada 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat