Fahami Pergerakan ‘Whale’ Ketika Pasaran Kripto Sedang Bergolak

508

‘Nak dapat hasil pancing, kena tahu jenis umpannya.’

Ketidaktentuan pasaran meluas membuatkan pelabur bertukar mod waspada sehingga merebak ke aset kripto dengan nilai Bitcoin (BTC) dilihat jatuh sekarang ini.

Selain tekanan inflasi dan kenaikan kadar faedah bank pusat, pasaran kripto juga dipengaruhi oleh tingkah-laku pelabur besar yang disebut sebagai ‘whale’.

Suka untuk diingatkan bahawa whale adalah entiti yang memegang sejumlah besar coin kripto dalam satu dompet (wallet).

Tindakan entiti tersebut yang melambakkan atau memindahkan sejumlah besar BTC dari satu wallet ke wallet lain telah memberi kesan kepada harga dan secara tidak langsung membawa kerugian terhadap pelabur kecil.

Maka, adalah penting untuk pelabur kecil menjejaki pergerakan whale sebelum membuat pelaburan sungguhpun BTC bersifat global dan terdesentralisasi.

Terdapat beberapa cara untuk mengetahui aliran pasaran dengan menjejaki para whale antaranya:

  • Memantau alamat whale yang diketahui, cara ini  akan memberi petunjuk terbaik dan meningkatkan kemungkinan untuk menemui corak perdagangan mereka dalam pasaran.
  • Pelabur juga boleh jejaki whale melalui buku pesanan (order book) dan aliran perdagangan di bursa kripto dalam menentukan corak pasaran yang ditinggalkan oleh whale.
  • Selain itu, perubahan mendadak dalam permodalan pasaran juga boleh memberi maklumat tentang corak perdagangan whale.
  • Komuniti kripto juga menggunakan perkhidmatan percuma seperti maklumat dari Twitter berkenaan penghantaran dan penerimaan jumlah dagangan whale dalam berurus niaga.

Dalam pada itu, satu tinjauan mendedahkan data dalam rantaian pemegang BTC terbesar dilihat enggan bertindak pada harga semasa dan perkara tersebut disokong dengan kajian oleh penganalisis VlockTrends, Cause Oliveira.

Beliau mendapati whale sedang ‘hibernasi’ dengan wallet mereka tidak menunjukkan sebarang pergerakan mendadak buat masa ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat