Faktor-faktor Ini Penyebab Harga Minyak Kekal Rendah!

240

Kesuraman dalam dagangan minyak mentah berpanjangan pada hari Khamis apabila kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik berkurangan.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan susut pada $92 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula suram pada $84 setong.

Kedua-dua penanda aras masing-masing susut 1.1% dan 1.5% pada Rabu selepas penghantara minyak Rusia melalui saluran paip Druzhba ke Hungary dimulakan semula.

Turut mendorong penurunan komoditi itu adalah apabila NATO membersihkan nama Rusia daripada tuduhan sebagai dalang kepada tembakan peluru berpandu ke atas Poland.

Harga turut bergelut untuk mendapatkan hala tuju selepas laporan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat yang bercampur-campur oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Terbaharu, bekalan minyak AS dilaporkan jatuh 5.4 juta tong pada minggu lalu, namun inventori petrol dan stok penyulingan meningkat melebihi jangkaan.

Malah, pasaran AS mungkin berdepan aliran minyak baharu selepas TC Energy membatalkan force majeure pada saluran paip Keystone 622,000 tong sehari kepada Midwest dan Gulf Coast.

Dalam pada itu, kebimbangan terhadap permintaan di China kekal menghantui pasaran ini ketika kes jangkitan Covid-19 terus mencatatkan peningkatan di negara pengimport utama minyak dunia itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat