Faktor Kekuatan & Kelemahan Mata Wang

723

Apakah yang menyebabkan nilai mata wang boleh menurun dan meningkat? Saban hari, kita melihat berita berkenaan Ringgit Malaysia (RM) jatuh atau naik berbanding dolar Amerika (USD).

Begitu juga dengan mata wang lain. Ada kala USD diniagakan lebih tinggi berbanding yen Jepun dan mungkin esok yen pula lebih tinggi.

Tapi sebenarnya apakah faktor-faktor yang mendorong perubahan pada nilai dagangan mata wang ini?

Secara terperincinya disebabkan oleh permintaan dan penawaran. Semakin banyak permintaan, semakin tinggi nilai mata wang. Permintaan dan penawaran pula dipengaruhi oleh keadaan ekonomi negara berkenaan.

Sebagai contoh, aktiviti import dan eksport. Jika sesebuah negara melakukan lebih banyak eksport berbanding import, nilai mata wang negara itu akan meningkat dan begitu juga sebaliknya.

Pelaburan langsung asing (FDI) turut menjadi faktor terbesar pergerakan mata wang. Pelaburan seperti hartanah, saham dan bon akan mempengaruhi prestasi mata wang.

Pelaburan memerlukan syarikat asing untuk melakukan pertukaran mata wang tempatan sebelum boleh melakukan pelaburan dalam sesebuah negara terbabit.

Pelaburan pula akan dipengaruhi oleh keadaan ekonomi negara tersebut. Syarikat asing akan melihat daripada pelbagai aspek. Aspek-aspek seperti situasi politik yang positif, cukai rendah, undang-undang dan kemudahan yang disediakan oleh negara itu menjadi pertimbangan setiap pelabur.

Apabila semakin ramai orang melabur dalam sesebuah negara itu, nilai mata wang negara tersebut pun meningkat.

Sekiranya negara itu mempunyai sentimen yang teruk atau mengalami bencana, kebanyakan pelabur akan merasa takut dan bertindak menjual saham mereka. Apabila ramai pelabur keluar, penawaran akan berlaku maka nilai mata wang negara terbabit bakal jatuh.

Data-data ekonomi seperti kadar faedah bank, kadar pengangguran negara, inflasi dan kadar pertumbuhan ekonomi merupakan data penting untuk para pelabur menilai turun naik sesebuah mata wang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat