Faktor Liquidity Boleh Buat Pasaran Kripto Meraung Sakit!

204

“Aduhh ni tak boleh jadi, adakah harga BTC akan jatuh?”

Pasaran mata wang kripto mampu terkesan apabila pengetatan kecairan (liquidity) diteruskan sejurus selepas siling hutang Amerika Syarikat (AS) dinaikkan yang bakal menghilangkan ratusan bilion dolar daripada sistem kewangan.

Malah, pasaran kripto berupaya menyaksikan penurunan setelah penggubal undang-undang AS membenarkan kerajaan mengeluarkan hutang baharu, di mana ia akan beri tekanan kepada pelaburan berisiko.

Umum mengetahui bahawa Perbendaharaan AS yang perlu mengisi semula Akaun Am Perbendaharaan (TGA) membawa maksud ia akan menambah sebanyak $500 bilion daripada sistem kewangan.

Rentetan itu, aset berisiko boleh terjejas susulan lebih sensitif terhadap keadaan kecairan berbanding bon dan ekuiti, ulas penganalisis makro Noelle Acheson sambil menambah perbendaharaan yang keluarkan akaun di Federal Reserve (Fed) akan jadi penghalang untuk pertumbuhan pasaran kripto.

Sudah sedia maklum pengisian semua akaun am bertetapan dengan pendekatan Fed yang berhasrat mengetatkan dasar monetari mereka, tetapi tergendala sebentar pada bulan Mac disebabkan krisis perbankan.

Menurut Tom Dunleavy, pengasas Dunleavy Investment Research menyatakan penyelesaian siling hutang yang diluluskan mampu beri kesan negatif ke atas kecairan susulan perjanjian itu akan mengekang pembiayaan bukan pertahanan, cabut semua dana bantuan pandemik tidak dibelanjakan dan lain-lain.

Sehingga berita ini ditulis, seluruh pasaran kripto melihat kejatuhan sedikit apabila harga Bitcoin (BTC) menjunam sebanyak 2.24% pada paras $27,160 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $526 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat