Fasa Hijau Berterusan, Saham Global Terus Cemerlang

204

Selepas 6 minggu berada di wilayah merah, pasaran ekuiti Wall Street dan saham Eropah kekal cemerlang dengan laporan pendapatan yang kukuh berjaya mengimbangi data ekonomi yang suram.

Saham teknologi mendahului senarai pendapatan kukuh dengan Facebook milik Meta Platform Inc melonjak selepas laporan syarikat melepasi jangkaan.

Selain itu, Apple Inc dan Amazon.com turut berada dalam rali dengan laporan sukunya walaupun Amazon sedikit jatuh 10% semasa pengakhiran dagangan ekoran ramalan jualan suku semasa syarikat berada bawah sasaran.

Indeks S&P 500 capai 2.47% pada 4,287.50 mata, Nasdaq Composite naik 3.06% pada 12,871 mata dan indeks purata Dow Jones Industrial lonjak 1.85% pada 33,916.39 mata.

Dalam pada itu, keuntungan sektor teknologi telah menyokong Wall Street selepas Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) menyatakan bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) jatuh pada kadar tahunan 1.4% pada suku lepas.

Menurut Ketua Pegawai Pelaburan Cornerstone Wealth, Cliff Hodge, disebalik kejatuhan GDP tersebut tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana sektor pengguna dan pelaburan perniagaan kekal kukuh walapun perdagangan, inventori serta perbelanjaan kerajaan terseret.

Terangnya, peralihan kepada perbelanjaan perkhidmatan telah memberi petanda yang baik untuk inflasi dibendung dan teras PCE menjadi ringan.

Sementara itu, indeks ekuiti MSCI dunia naik 12.07% atau 1.85% pada 665.97 sementara STOOX 600 pan-Eropah tambah 0.6% ekoran pendapatan korporat yang kukuh.

Pada sisi yang berbeza, indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun naik 1.03% sementara Nikkei Jepun lonjak 1.75% ekoran pelabur meraikan mata wang yang melemah seterusnya membantu eksport negara matahari terbit tersebut.

Ringkasan mata wang, Euro capai paras terendah berbanding dolar pada $1.04695 sementara indeks dolar capai 103.930, paras tertinggi sejak Disember 2002.

Yen melemah ke paras 20 tahun selepas Bank of Japan (BOJ) menyatakan pembelian semua bon 10 tahun untuk mencapai hasil yang disasarkan.

Spot emas naik 0.49% selepas capai paras terendah 10 minggu sebelum ini manakala niaga hadapan emas AS canak 0.1% pada $1,891.30.

Nota penulis:

Salam dihulur tanda ingatan, 
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Intraday.my titipkan,
Buat pembaca dan kenalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat