Fasa Penjualan Kripto Sudah Berakhir? Firma Analitik Dedahkan Sikap Pemegang Kripto Jangka Pendek!

1,137

Buat pertama kali dalam tempoh lebih dua tahun, pemegang kripto jangka pendek (STH) telah menjadi lebih aktif dalam pasaran BTC berbanding pemegang jangka panjang (LTH), kata Glassnode.

Laporan pasaran terbaru syarikat itu berpandangan bahawa ini boleh memabwa indikasi bahawa fasa pengumpulan dalam pasaran kripto telah mula berlaku.

Ekosistem Terra runtuh pada awal Mei apabila algoritma stablecoin asli UST kehilangan tambatannya. Pedagang yang oportunis menggunakan peluang kejatuhan harga dalam pasaran kripto untuk menambah pegangan.

Keruntuhan sistem LUNA telah mengakibatkan lebih $60 bilion hilang daripada had pasaran LUNA dan UST, kejatuhan ini memberi kesan serius ke atas keseluruhan industri kripto. Keseluruhan pasaran mula runtuh, mengakibatkan BTC kehilangan nilai sehingga $10,000 dalam masa beberapa hari kepada paras terendah tahunan.

Kemeruapan melampau sedemikian, terutamanya apabila aset berisiko merosot dalam nilai telah mempengaruhi sifat pelabur. Lazimnya, mereka yang mempunyai keyakinan yang lebih tinggi cenderung untuk bertahan, manakala pemegang jangka pendek tergesa-gesa untuk melupuskan aset mereka, selalunya mengalami kerugian.

Walaupun ini perkara yang lazim berlaku, namun laporan terbaru Glassnode menunjukkan hal yang berbeza. Sejak keruntuhan LUNA pada awal Mei, bekalan STH meningkat lebih daripada 330,000 BTC.

Glassnode menjelaskan bahawa bitcoin biasanya menunjukkan tanda-tanda bahawa ia berada dalam kitaran pengumpulan atau tidak. Setakat ini, metrik yang menunjukkan sentimen semasa – Supply Active 1+ Years – berada di bawah ATH sebelumnya yang ditandakan pada Mei tahun ini pada 65%. Menurut firma analitik tersebut “ini menyerlahkan keyakinan ketara pembeli Mei-Julai 2021 selepas peralihan tempat perlombongan BTC”, yang boleh dianggap sebagai “mekanik yang membina dalam pasaran yang merosot”.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat