FBS Akan Meraikan Ulangtahun ke-11 Dengan Pemberian Besar-Besaran

543

Di bulan Februari, broker FBS meraikan hari ulangtahun ke-11 mereka dengan mengumumkan promosi “11 Tahun Berkomitmen” yang menampilkan nilai keseluruhan hadiah sebesar $1,100,000. Pengguna aplikasi-aplikasi FBS boleh memenangi pelbagai gajet, tunai, mata kesetiaan, atau Mercedes-Benz GLA 250 Sport.

Dalam dunia perniagaan, 11 tahun adalah satu tanda aras untuk pertumbuhan yang stabil, jadi syarikat ini membuat keputusan untuk mendedikasikan sambutan tahun ini buat komuniti global mereka. FBS bermula pada tahun 2009 dengan 50,000 pengguna dan berkembang menjadi sebuah broker gergasi dengan 14 juta orang pedagang di lebih 190 buah negara. Peserta promo ulangtahun perlu kongsikan ucapan selamat mereka untuk memenangi hadiah di dalam permainan Roda Impian.

Hadiah

Broker ini memberikan 4 jenis hadiah:

  • Pelbagai gajet termasuk MacBook Air, iPhone 11 Pro Max, Apple Watch Series 5, AirPods Pro 500, dan JBL Charge 4.
  • Hadiah tunai: $1, $3, $11. Anda boleh gunakannya untuk berdagang, melabur, pindahan dalaman, atau pengeluaran.
  • Mata kesetiaan: 3, 10, 15. Jika anda memenangi mata kesetiaan dan bukan peserta Program Kesetiaan, anda akan menerimanya sebaik sejurus anda menyertai program tersebut.
  • Hadiah Utama: Mercedes-Benz GLA 250 Sport

Promo ini tersedia di semua aplikasi FBS (CopyTrade, FBS Trader, dan FBS – Laman Peribadi Mobile), yang bermakna pengguna boleh menyertai peraduan ini di setiap satu aplikasi tersebut dan menggandakan peluang kemenangan mereka tiga kali ganda.

Cara-cara menyertai

Untuk menyertai, anda perlu menekang butang “Sertai” di app pilihan anda dan lakukan deposit sebanyak $11 atau lebih. Untuk pemegang akaun Yen, deposit haruslah sekurang-kurangnya 1,200 JPY, dan untuk akaun-akaun Euro – 10+ EUR. Jika anda mempunyai akaun Fix Rate bernominasi USD, jumlahnya adalah $15+

Setelah selesai, anda akan ditawarkan untuk memilih salah satu dari kad ulangtahun yang dibekalkan dan mengarang satu ucapan. Selepas itu, anda harus kongsikannya di Facebook (atau di Weibo sekiranya anda menyertai dari China) dan hantarkan pautan untuk semakan.

Selepas ia disemak, anda akan mendapat akses kepada permainan Roda Impian – putarkan roda untuk mendapat hadiah rawak dari senarai. Bersekali dengan hadiah anda, anda akan menerima sepotong nombor bertuah yang akan membolehkan anda menyertai cabutan bertuah bagi mendapatkan hadiah utama – Mercedes-Benz. Cabutan bertuah akan diadakan pada 20 Mac.

Latarbelakang sejarah

FBS terkenal dengan promosi istimewa dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah gajet-gajet canggih dan segalanya yang VIP. Ulangtahun ke-10 pada tahun lalu menampilkan ribuan hadiah dari gajet-gajet Apple sehinggalah kit pedagang yang ranggi dan hadiah tunai yang menarik ramai sekali peserta. Jumlah nilai keseluruhan hadiah dan keranggian hadiah utama yang dipertaruhkan pada tahun ini memberikan promosi “11 Tahun Berkomitmen” peluang yang cerah untuk mencatat rekod baru yang mengatasi semua promosi ulangtahun sebelum ini baik dari segi hadiah mahu pun keterlibatan pelanggan.

____________

FBS ialah sebuah broker yang giat beraksi di pentas antarabangsa dan berkhidmat untuk para pelanggannya di Asia, Amerika Latin, Eropah dan MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara). Fokus utamanya adalah pada penawaran produk-produk kewangan yang melibatkan matawang, logam berharga, CFD, dan perdagangan saham untuk pelbagai segmen pelanggan dari latar belakang dan matlamat yang berbeza. Syarikat ini menawarkan penyertaan yang dipermudahkan, aplikasi berkualiti tinggi, dan jaringan perdagangan sosial yang besar. Setelah berada lebih 11 tahun di dalam industri, broker ini telah merangkul 50 anugerah antarabangsa, termasuk Broker Forex Antarabangsa Terbaik, Jenama Forex Terbaik, dan Broker Forex Eropah Paling Progresif. Pada bulan Januari 2020, FBS telah menjadi rakan perdagangan rasmi FC Barcelona.

Anda mungkin juga berminat