FBS Menang 3 Anugerah Dari Majalah The European

129

FBS, sebuah broker antarabangsa yang terkenal, telah memenangi anugerah The Most Reliable Forex Broker MENA 2020, The Most Reliable Forex Broker LatAm 2020 dan The Most Reliable Forex Broker Asia 2020. Ia telah diberikan oleh majalah berprestij The European yang menganjurkan The Banking Finance Awards untuk mengiktiraf prestasi terbaik di kalangan komuniti perniagaan.

Sepanjang sedekad yang lalu, FBS telah meraih kepercayaan dari lebih 15 juta pedagang di seluruh dunia, sebahagian besar darinya dari rantau Amerika Latin, Asia, dan Timur Tengah. Rantau-rantau tersebut mempunyai potensi yang besar dari segi keaktifan kegiatan pedagang dan keinginan mereka untuk berkembang menjadi profesional. FBS menghulurkan tangan kepada sesiapa sahaja dan membantu mereka mempelajari Forex dan menjadi pedagang profesional – pasukan khidmat pelanggan FBS beroperasi 24/7 di dalam 20 bahasa.

FBS memenangi anugerah dari majalah The European setiap tahun. Memenangi anugerah The Most Reliable Forex Broker untuk 3 rantau secara serentak satu suntikan semangat yang bukan kepalang bagi broker tersebut. Anugerah-anugerah ini sekali lagi membuktikan bahawa kami memberikan servis pelaburan yang luar biasa untuk semua pelanggan kami dari seluruh dunia. Ia juga membuktikan bahawa FBS berada di landasan yang betul dan menjadikan broker ini lebih bersemangat untuk memberikan fitur dan bonus yang lebih fantastik kepada para pelanggan.

Pada masa ini, FBS menawarkan akaun demo kepada para pelabur sebagai wadah untuk menguji strategi perdagangan mereka di dalam persekitaran yang selamat. Broker ini juga menyediakan pelbagai jenis akaun, baik untuk pemula baru mahu pun pedagang profesional.Selain dari itu, FBS juga menyediakan deposit dan pengeluaran segera menerusi sistem-sistem pembayaran popular tanpa komisen serta beraneka promosi menarik untuk pelanggan.

____

FBS adalah sebuah broker antarabangsa dengan kehadiran di lebih 190 negara dan lebih dari 15 000 000 pelanggan. Ia terkenal dengan aneka peraduan dan promosi yang kerap, pelbagai, dan memanfaatkan, yang mendapat sambutan hangat dari komuniti perdagangan dari seluruh dunia. Selain dari itu, broker ini juga menawarkan pelbagai servis istimewa yang menjadikan perdagangan lebih menyenangkan dan berkelebihan seperti bebas-swap, VPS, cashback sehingga $15 per lot, dan banyak lagi. Rakan Perdagangan Rasmi FC Barcelona sejak Januari 2020.

The European adalah sebuah penerbitan perniagaan yang diterbitkan setiap 3 bulan. Ia melaporkan tentang hal ehwal perniagaan, merangkumi spektrum industri yang luas termasuk sektor Tenaga, Perbankan dan Kewangan, Pelaburan Langsung Asing (FDI), Perkapalan, Teknologi, dan banyak lagi.

 

Anda mungkin juga berminat