FBS menghadiahkan jersi-jersi FC Barcelona berautograf menerusi permainan simulator sepakan penalti

0 249

FBS, rakan perdagangan rasmi FC Barcelona sejak Januari 2020, telah melancarkan sebuah peraduan baru bernama Barça Striker. Ia sebuah permainan video bertema bola sepak dan memberikan fokus kepada penjaringan gol dan memenangi hadiah dari broker berkenaan, dari cenderahati berkaitan perdagangan sehinggalah jersi FC Barcelona yang diautograf oleh para pemainnya.

Di dalam promo Barça Striker, para pengguna akan bermain satu permainan simulator sepakan penalti dan cuba untuk skor hadiah-hadiah yang ditawarkan. Di peringkat akhir promosi ini, peserta perlu kongsikan permainan ini timeline Facebook mereka untuk membolehkan nama mereka dimasukkan dalam cabutan bertuah untuk merebut lima jersi keramat.

Cara-cara penyertaan

Promo ini terbuka untuk semua pelanggan FBS, baik pedagang mahu pun yang bukan pedagang, mulai dari 30hb Mac. Untuk menyertai, mereka yang berminat perlu melawat laman promosi dan mendaftar dengan emel atau menggunakan jaringan sosial mereka. Selepas itu, peserta boleh pergi ke laman promosi yang menampilkan padang, bola, gawang gol dengan hadiah di dalamnya, dan penjaga gawang. Misi mereka adalah untuk mengambil sepakan penalti dan cuba untuk mensasarkan bola agar mengenai sebanyak mungkin hadiah menerusi lima percubaan.

Sila maklum bahawa pada peringkat ini, anda berjuang untuk mendapatkan buah tangan dari FBS. Langkah seterusnya adalah untuk melayakkan diri anda menyertai cabutan bertuah bagi hadiah utama – jersi keramat. Emel anda akan ditambahkan ke senarai peserta cabutan secara automatik sekiranya anda memainkan permainan tersebut sehingga habis dan kongsikannya di Facebook. Para pemenang akan diumum di acara cabutan bertuah pada 9 April, 22 April, 4 Mei, 14 Mei, dan 25 Mei.

Hadiah-hadiah

Buah tangan yang anda boleh menangi dengan menjaringkan gol termasuklah hadiah tunai dan servis eksklusif VIP untuk para pedagang. Sila maklum bahawa di peringkat akhir permainan, anda dibenarkan untuk memilih hanya satu daripada hadiah-hadiah tersebut – mana-mana satu yang anda paling sukai.

Anda berpeluang menerima:

  • $1, $2, $3, atau $5 ke akaun perdagangan
  • Status Hijau di Program Kesetiaan. Ia memberikan anda mata kerana berdagang, yang mana mata ini kemudiannya boleh ditukar dengan hadiah-hadiah yang terdiri dari gajet-gajet canggih sehinggalah Mercedes.
  • Trade 100 Bonus – $100 percuma di akaun perdagangan anda untuk berlatih berdagang
  • Cashback sehingga $15 per lot
  • Bonus Deposit 100% yang menggandakan amaun yang dilaburkan.
  • Bantuan 24/7 untuk sebarang masalah yang berkaitan
  • Buku Forex dengan maklumat asasi tentang perdagangan untuk pemula baru

Duduk di rumah – main permainan Barça Striker!

___

FBS ialah sebuah broker yang giat beraksi di pentas antarabangsa dan berkhidmat untuk para pelanggannya di Asia, Amerika Latin, Eropah dan MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara). Fokus utamanya adalah pada penawaran produk-produk kewangan yang melibatkan matawang, logam berharga, CFD, dan perdagangan saham untuk pelbagai segmen pelanggan dari latar belakang dan matlamat yang berbeza. Syarikat ini menawarkan penyertaan yang dipermudahkan, aplikasi berkualiti tinggi, dan jaringan perdagangan sosial yang besar. Setelah berada lebih 11 tahun di dalam industri, broker ini telah merangkul 50 anugerah antarabangsa, termasuk Broker Forex Antarabangsa Terbaik, Jenama Forex Terbaik, dan Broker Forex Eropah Paling Progresif.

Anda mungkin juga berminat