FBS Menunaikan Impian Seorang Penduduk Indonesia, Memasang Penghawa Dingin di Masjid

0 326

“FBS Makes Your Dreams Come True” adalah sebuah program promo kebajikan dari Broker FBS, yang akan menunaikan impian anda. Dan pemenang bulan Ogos adalah contoh terbaik bagaimana keinginan seorang lelaki membawakan perubahan positif kepada masyarakat di sekelilingnya.

Ikuti kisah En. Dadang Suhaidi dari Jawa Barat, Indonesia ini.

En. Suhaidi adalah seorang buruh binaan biasa dan pedagang forex sambilan. Beliau tinggal bersama isteri dan anak perempuannya di kota Cilegon, Jawa Barat. Sebagai seorang Muslim yang taat, beliau rajin berjemaah di masjid tempat beliau.

Masjid ini amat bermakna bagi komuniti tempatan, namun ada seperkara yang sering mengganggu kekhusyukan mereka yang beribadat di situ.

“Impian saya adalah untuk mendapatkan pendingin udara untuk diberikan kepada masjid kerana di situ sangat panas ketika kami bersolat,” – kata En. Suhaidi kepada pengurus FBS bila ditanyakan tentang hadiah yang dipilih.

Motivasi seperti ini dilihat munasabah oleh syarat-syarat promo – untuk memenangi peraduan Dreams Come True, seseorang itu perlu meminta satu perkara yang boleh membawakan perubahan yang besar.

Impian En. Dadang Suhaidi adalah satu contoh impian yang benar-benar bermakna kerana ia memberikan impak yang lebih dari sekadar wang. Dengan sistem pendingin udara yang serba baru, masjid di Cilegon ini satu tempat yang lebih baik untuk muslimin dan muslimah tempatan. Impian ini benar-benar memberikan kesan, dan semua orang tahu bahawa kemantapan spiritual mampu menyumbang kepada pembangunan fizikal.

Sepanjang sejarah peraduan “Dreams Come True”, ada ramai pemenang dan banyak impian. FBS memberikan perkakasan istimewa untuk pembangunan bisnes-bisnes kecil, trip percutian ulangtahun perkahwinan, bekalan kelengkapan persekolahan, anggota badan prostetik, malahan seekor lembu. Namun ada satu perkara yang sama pada semua impian-impian ini.

Ia bukan mengenai objek yang mereka terima sebagai hadiah, tetapi idea di sebalik impian tersebut.

Idea di sebalik impian pemenang bulan Ogos kita sangat indah sekali – suasana beribadat yang lebih selesa untuk beliau dan jemaah masjid yang lain – dan inilah yang membuatkan beliau seorang pemenang.

Peraduan “Dreams Come True” FBS adalah promosi yang kerap diadakan di laman Facebook rasmi syarikat. Ia terbuka untuk semua (walaupun mereka yang bukan pedagang forex) dan apa yang anda perlu lakukan adalah kongsikan posting promo tersebut dan tuliskan impian anda di ruang komen.

Idea di sebalik peraduan ini mencerminkan falsafah syarikat: ia semua bermula dari satu impian. Bila anda tahu ke mana anda ingin pergi dan mempunyai cita-cita untuk pergi jauh, alam akan mencari jalan untuk menjadikannya kenyataan. Dan di sinilah di mana keajaiban bermula.

FBS adalah sebuah broker antarabangsa dengan kehadiran di lebih 190 negara dan lebih dari 10 000 000 (Juta) pelanggan. Ia terkenal dengan aneka peraduan dan promosi yang kerap, pelbagai, dan memanfaatkan, yang mendapat sambutan hangat dari komuniti perdagangan dari seluruh dunia.

Selain dari itu, broker ini juga menawarkan pelbagai servis istimewa yang menjadikan perdagangan lebih mudah dan berkelebihan seperti bebas-swap, VPS, cashback sehingga $7 per lot, dan banyak lagi.

Tonton video ini :

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.