FC Barcelona Lancar NFT Pertama Di Times Square, Terjual Pada Harga $693,000!

255

Peminat tegar pasti teruja apabila kelab bola sepak paling terkenal di dunia, FC Barcelona melancarkan non-fungible token (NFT) di tengah-tengah New York City, Times Square yang kini telah dijual pada harga $693,000.

Diperjelaskan, NFT tersebut memaparkan Johan Cruyff, seorang pemain lagenda yang telah menghabiskan lima tahun kerjayanya di Barcelona antara tahun 1973 sehingga 1978 dan legasinya dalam Web 3.0 tetap kekal sehingga kini walaupun beliau sudah meninggal dunia pada 2016.

Malah, NFT tersebut digelar ‘In a Way, Immortal’, iaitu karya seni digital video yang mencipta semula detik-detik beliau ketika perlawanan menentang kelab bola sepak Atlético Madrid pada 22 Disember 1973 yang dilelong bersama empat gambar NFT berkenaan peristiwa tersebut.

Secara konteks, FC Barcelona memeterai perjanjian bersama BCN Visuals, iaitu rakan kongsi inovasi strategik dan Digital Superstudio yang membangunkan estetika sinematografi NFT.

Salah satu manfaat yang akan diperoleh oleh para pembeli NFT itu adalah menjadi Duta Digital Barca serta pengalaman VIP dan unik bersama kelab tersebut.

Antaranya adalah Meet & Greets, lawatan ke La Masia, hak hospitaliti selama lima tahun, dibenarkan bermain di padang Spotify Camp Nou serta penyerahan bola sebelum perlawanan persahabatan bermula.

Pada sisi berbeza, FC Barcelona pernah menamatkan perjanjian bersama pasaran NFT Ownix pada tahun 2021 susulan dikhabarkan bahawa Moshe Hogeg, seorang perunding syarikat tersebut telah melakukan penipuan.

Disebabkan itu, Hogeg dan tujuh individu lain telah ditangkap oleh pihak berkuasa susulan membuat penipuan besar-besaran berkaitan mata wang kripto walaupun kerjasama tersebut sepatutnya membenarkan para peminat membeli NFT tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat