Fed Bostic Tampil Beri Pandangan, Tindakan Bank Pusat Lain Jadi Perhatian Pelabur!

456

US dolar meneruskan pengukuhan sebentar pada hari Isnin selepas mencecah paras tertinggi 1 1/2 tahun pada hari Jumaan berikutan komen hawkish daripada pegawai the Fed.

Pada minggu lalu the Fed secara jelas menyatakan hasratnya untuk menaikkan kadar faedah seawal bulan Mac dalam mesyuaratnya. Justeru Wall Street kini menjangkakan sebanyak lima kenaikan kadar pada tahun ini. Walaubagaimanapun, sebahagian para pelabur menjangkakan para penggubal dasar untuk menyediakan pasaran yang bersedia untuk kenaikan kadar yang lebih pantas pada tahun ini, ditambah pula dengan kadar inflasi yang tinggi pada minggu lepas.

The Fed boleh menggantikan kenaikan kadar faedah kepada setengah mata peratusan jika inflasi kekal tinggi, Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic dalam salah satu kenyataan.

Namun menuruut Kenneth Broux, pakar strategi di Societe Generale, ” Bostic adalah pengundi bukan FOMC jadi beliau secara peribadi tidak terlalu terpengaruh dengan komennya dan kenyataan beliau bahawa Bostic boleh jadi sedang menguji pasaran.”

“Perdebatan 25 mata asas (mata asas) atau 50 mata asas pada bulan Mac menjelaskan mengapa US dolar boleh terus mengukuh dan pasaran saham boleh goyah dalam jangka masa pendek.”

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding matawang utama mengukuh dari paras terendah kepada paras dagangan 97.01 sebelum didagangkan sedikit susut.

Kadar kenaikan kadar yang lebih pantas juga dilihat dapat memperlahankan pertumbuhan masa hadapan.

Disisi lain, Bank of England (BoE) bakal mengadakan sidang mesyuarat pada Khamis nanti dimana para pakar ekonomi meramalkan kenaikan kadar kedua dalam masa kurang daripada dua bulan selepas inflasi UK melonjak ke paras tertinggi dalam hampir 30 tahun.

Bank Pusat Eropah juga akan mengadakan mesyuarat dasar pada hari Khamis. Walaupun jangkaan tiada perubahan dasar, penganalisis mula memberi amaran bahawa kenaikan kadar daripada Fed akan mempengaruhi ECB untuk bertindak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat