Fed Brainard: Ketaksamaan Dalam Kalangan Pekerja US Mengurangkan Potensi Ekonomi US

47

Ketaksamaan dalam pembahagian pekerjaan dalam ekonomi Amerika Syarikat mengurangkan potensi pertumbuhan jangka panjang, kata Gabenor Lael Brainard pada Selasa. Beliau juga menggesa bank pusat agar membuat lebih banyak kajian untuk mengurangkan ketaksamaan ini.

“Ketaksamaan pendapatan dari segi bangsa, etnik, jantina atau geografi adalah penyebab kepada jurang ketaksamaan ini, di mana kumpulan yang kurang bernasib baik tidak mampu untuk mendapatkan pendidikan dan perniagaan yang lebih baik. Hal ini pula akan menyebabkan potensi pertumbuhan ekonomi yang merosot.”

Dalam ucapan yang bertajuk “Why persistent employment disparities matter for the economy’s health,” Brainard berkata tahap ketaksamaan pendapatan yang tinggi akan memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna.

Dalam ucapan Brainard, beliau menegaskan kadar pengangguran hampir dua kali ganda bagi kaum African American berbanding kaum berkulit putih.

Kadar pengangguran keseluruhan ekonomi US ketika ini berada di sekitar 4.4% yang hampir dengan gunatenaga penuh (full-employment). Salah satu perkara yang sering diperdebatkan oleh bank pusat adalah, berapa banyak masalah-masalah kecil yang ada dalam ekonomi ketika ini khususnya dalam pasaran buruh.

Selain itu, Brainard berkata pengumpulan kekayaan yang tidak berkadar terus (disproportionate) sejak tempoh kemelesetan dengan imigrasi rendah di seluruh negara mungkin menjadi sebab tidak banyak peluang dalam kawasan luar bandar.

Dengan polisi bank pusat yang terhad kepada polisi monetari sahaja, menyukarkan Fed menyelesaikan ketaksamaan dalam masyarakat.

“Memahami halangan ini dan usaha-usaha menyelesaikan masalah ini adalah penting dalam penilaian pasaran buruh yang maksimum, begitu juga dengan potensi pertumbuhan,” kata Brainard.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat