Fed Buat Kerja Sia-sia Naikkan Kadar Faedah?

494

Belum habis lagi bahang daripada kenyataan hawkish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada Jumaat lalu, pendirian bank pusat itu untuk memerangi inflasi mula dipertikaikan.

Dalam satu kertas kerja yang dikeluarkan pada sidang kemuncak Jackson Hole, tempat Powell bercakap minggu lalu, menunjukkan pembuat dasar tidak boleh melakukan tugas itu sendiri dan mendakwa ia boleh memburukkan keadaan dengan kenaikan kadar yang agresif.

Penyelidik Francesco Bianchi dari Johns Hopkins University dan Leonardo Melosi dari Fed Chicago menulis bahawa kenaikan kadar faedah sahaja tidak mencukupi untuk menurunkan inflasi semula.

Fed boleh menurunkan inflasi hanya apabila hutang kerajaan berjaya distabilkan oleh rancangan fiskal masa depan yang boleh dipercayai, menurut kertas kerja itu.

Tahap hutang persekutuan yang tinggi dan peningkatan perbelanjaan berterusan daripada kerajaan meningkatkan persepsi orang ramai bahawa inflasi akan kekal tinggi.

Kongres membelanjakan kira-kira $4.5 trilion untuk program berkaitan Covid di mana perbelanjaan tersebut telah mengakibatkan defisit bajet $3.1 trilion pada 2020, kekurangan $2.8 trilion pada 2021 dan defisit $726 bilion sepanjang 10 bulan pertama fiskal 2022.

Ekoran itu, ketidakseimbangan fiskal yang besar dan kredibiliti fiskal berkurangan boleh memburukkan lagi keadaan kerana kadar yang lebih tinggi bermakna hutang kerajaan sebanyak $30.8 trilion menjadi semakin besar untuk dibiayai.

Walaupun begitu, ramai pakar ekonomi menjangkakan beberapa faktor akan membantu menurunkan inflasi, yang menyokong Fed melaksanakan tugasnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat