Fed Bullard: Satu Sahaja Kenaikan Kadar The Fed Tahun Ini

45

Federal Reserve berkemungkinan mengurangkan pegangan asetnya dalam penyata pendapatan lewat tahun ini di mana tindakan ini akan mengurangkan keperluan menaikkan kadar faedah, kata ahli The Fed pada Isnin.

Bercakap kepada wartawan di Australia, Presiden The Fed cawangan St Louis James Bullard (Bukan Pengundi Dasar) berkata perbezaan pendapat kepada penamatan polisi ‘pelaburan semula’ The Fed memerlukan sedikit masa untuk mencapai kata putus. Beliau merasakan ia akan dimulakan hujung tahun ini.

Bullard menjelaskan bahawa bank pusat tidak akan menjual asetnya secara agresif tetapi akan berfokus kepada menghentikan pelaburan semula. Dengan cara ini, pasaran akan dapat menyerapnya dengan baik dan tekanan lebih rendah kepada hasil bon jangka panjang.

Pasaran sebelum ini, tidak menjangkakan isi kandungan minit mesyuarat The Fed minggu lalu di mana bank pusat mempertimbangkan untuk mengurangkan pengangan asetnya akhir tahun ini. Hal ini telah menyebabkan US dolar jatuh dan menaikkan hasil bon jangka panjang di Amerika Syarikat.

Bullard yang dikenali sebagai ahli yang ‘dovish‘ mengatakan hanya satu kenaikan kadar sahaja lagi tahun ini, dan penamatan kepada ‘pelaburan semula’ bon akan menjadi pengganti kepada kenaikan kadar faedah.

Mengulas tentang serangan AS ke atas Syria yang diarahkan oleh Presiden Trump minggu lalu, Bullard mengatakan beliau tidak melihat perkara ini sebagai peristiwa yang memberi kesan kepada polisi monetari The Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat