Fed Dijangka Kekal Agresif, EUR/USD Ditekan Susut Semula 100 Pips

149

Perubahan arah harga dalam pasaran kewangan tidak memberi sebarang kejutan kepada pelabur ekoran situasi ini telah dijangkakan sehingga ke minggu hadapan dengan laporan-laporan pendapatan korporat akan terus dinilai.

Dagangan Rabu semalam menyaksikan US dolar kembali semula ke landasan pengukuhannya apabila penganalisis menilai kecenderungan sentimen yang beralih ke arah yang lebih berisiko.

Tumpuan juga terarah pada kenyataan oleh Presiden Federal Reserve (Fed) St. Louis, James Bullard yang melihat potensi kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas akan diteruskan lagi pada mesyuarat November dan Disember.

Sementara, Presiden Fed Chicago, Charles Evans pula dilihat menzahirkan kebimbangan terhadap kesan pengetatan dasar yang agresif tersebut kepada ekonomi yang boleh terus menambah derita kepada perniagaan.

Namun, pengetatan dasar perlu diteruskan ekoran risiko inflasi yang tinggi masih menjadi kebimbangan utama selepas data inflasi UK yang diterbitkan semalam juga masih menyaksikan tahap yang tinggi.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, arah kenaikan harga pada awal minggu mula bertukar semalam apabila corak penurunan dipaparkan dari sesi Asia sehingga ke penghujung sesi New York.

Setelah gagal melepasi paras ketinggian 0.98700, harga telah kembali susut di bawah paras tumpuan 0.98000 sebelum mendatar di sekitar 0.97600 sehingga dagangan bersambung di sesi Asia pagi ini (Khamis).

Isyarat bearish kembali dinilai pelabur apabila harga bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Sekiranya corak penurunan diteruskan, zon 0.97000 minggu lalu pula akan menjadi tumpuan yang bakal diuji semula dan dijangka bakal ada reaksi menarik harga di sekitar itu.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju ke zon support tumpuan pada 0.95500 yang menjadi rekod terendah harga 20 tahun.

Namun sekiranya lonjakan kembali berlaku semula, melepasi paras 0.98000 dan halangan MA50, berkemungkinan zon rintangan pada 0.99000 akan kembali menjadi sasaran harga semula.

Seterusnya, zon pariti 1.0000 akan menjadi tumpuan bagi kenaikan harga yang meneruskan pergerakan trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat