Fed Dovish – Keputusan Mesyuarat FOMC Menjunamkan Dolar USD

530

Seperti yang dijangka, pergerakan volatile harga berlaku dalam pasaran pada awal pagi ini susulan keputusan daripada mesyuarat FOMC. Federal Reserve telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada kadar 2.50% seperti sebelum ini untuk mesyuarat kali ini.

Dagangan dolar Amerika Syarikat menjunam selepas keputusan mesyuarat tersebut dikeluarkan dengan didorong isyarat bahawa bank pusat bersedia untuk menurunkan kadar faedah bagi berdepan cabaran pertumbuhan global dan risiko domestik.

Fed yang mengekalkan kadar faedah berkata tindakan penurunan kadar sedang diperinci untuk menyokong pelonggaran polisi monetari seawal bulan hadapan dengan tekanan daripada faktor ketegangan perdagangan dan juga kebimbangan yang semakin meningkat berkenaan kadar inflasi yang lemah.

Indeks dolar berbanding matawang utama yang lain sedikit berubahan kepada 97.188 selepas mengalami kerugian 0.5% semalaman.

Persoalan utama sekarang bukan lagi penurunan kadar faedah oleh Fed pada mesyuarat Julai, tetapi pelonggaran polisi sama ada penurunan kepada 25 atau 50 mata asas.

Pada hari ini pula, tumpuan akan terarah pada penetapan kadar faedah dalam mesyuarat polisi bank pusat Jepun. Bank of Japan (BOJ) dijangka akan terus mengekalkan polisi monetari yang sangat longgar namun pasaran ingin melihat sama ada pendirian dovish Fed akan mempengaruhi keputusan oleh BOJ atau sebaliknya.

Dolar Euro juga berjaya meningkatkan kembali dagangannya memberi reaksi terhadap kejatuhan nilai matawang USD. Ini sedikit melegakan matawang Eropah tersebut selepas terkesan oleh komen dovish oleh Presiden Mario Draghi baru-baru ini berkenaan isyarat penurunan kadar oleh bank pusat Eropah.

Pound Sterling pada dagangan semalam kembali menunjukkan sedikit kenaikan menjelang mesyuarat bank pusat England pada hari ini. Penganalisis pasaran menjangkakan prospek hawkish oleh Bank of England (BOE) pada mesyuarat polisi kali ini telah mendorong para pelabur mengurangkan posisi jualan ke atas GBP sebelum ini.

Penggubal undang-undang BOE menyatakan kadar faedah bakal meningkat dalam masa terdekat namun para pelabur tidak perlu terburu-buru untuk mengubah jangkaan mereka.

Beralih pada dagangan komoditi, matawang dolar Kanada mengukuh pada dagangan semalam selepas data indeks harga pengguna Kanada mencatatkan bacaan yang memberangsangkan. Kadar inflasi tahunan meningkat ke paras tertinggi 7 bulan untuk bulan Mei.

Selain itu juga, dagangan Loonie turut disokong oleh penurunan pada inventori minyak mentah Amerika Syarikat lebih rendah berbanding jangkaan penurunan oleh pasaran.

Sementara, dolar New Zealand positif pada dagangan hari ini susulan data pertumbuhan GDP untuk suku tahun pertama 2019 menepati jangkaan kekal 0.6% seperti suku tahun sebelumnya.

Sementara dagangan dolar AUD hari ini akan memberi respon terhadap ucapan Gabenor bank pusat Australia, Philip Lowe berhubung isyarat penurunan kadar yang seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat