Fed Dudley Bersara Pada Pertengahan Tahun 2018

44

Federal Reserve cawangan New York mengesahkan pada Isnin bahawa William Dudley salah seorang ahli Fed berpengaruh dijangka akan bersara pada pertengahan 2018 yang menimbulkan persoalan tentang kepimpinan dalam bank pusat US itu.

Dudley berumur 64 tahun merupakan salah seorang ahli bank pusat yang banyak membantu dalam rangsangan monetari sejak 10 tahun lalu. Beliau kini menunjukkan kesediaan untuk bersara sebelum penggalnya berakhir pada Januari 2019.

Lembaga bank pusat New York berkata pencarian telah bermula, dan mensasarkan untuk menamakan pengganti Dudley pada pertengahan tahun depan.

Pengumuman yang dilaporkan oleh Reuters pada Ahad meningkatkan lagi revolusi dalam kepimpinan Fed di mana seorang lagi ahli Fed berpengaruh mengumumkan persaraan. Sebelum ini, Fed Fischer juga telah bersara di mana beliau menyandang jawatan sebagai Naib Pengerusi The Fed.

Trump dan parti Republikan juga menunjukkan untuk melonggarkan regulasi bank pusat dengan mengekalkan kadar faedah di paras rendah pada Khamis.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat