Fed Dudley Dan Fed Kaplan Kekal Dengan Pendirian Hawkish

67

Awal pagi Sabtu yang lalu, Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan dijadualkan berucap dalam persidangan tertutup Fed mengenai pertumbuhan tenaga kerja dan Presiden Fed New York William Dudley turut memberi ucapannya pada hari yang sama dalam persidangan yang berbeza.

Kedua-dua wakli Fed ini kekal dengan pendirian hawkish apabila mengulas tentang progress inflasi dan jangkaan terhadap kenaikkan kadar tahun ini.

Fed Kaplan berkata, beliau ingin melihat bukti tambahan tentang perkembangan inflasi sebelum membuat keputusan menaikkan kadar faedah, namun beliau tetap terbuka dengan peningkatan kadar faedah pada bulan Disember dan yakin bahawa inflasi akan pulih sebelum keputusan tersebut dilakukan.

Fed Dudley juga masih optimis dengan ekonomi US dan mengatakan kejatuhan dolar dan juga pengangguran yang jatuh mendadak ke paras terendah sejak 2001 pada bulan September menjadi faktor perlunya dasar monetari diketatkan.

“Walaupun inflasi masih di bawah sasaran jangka masa panjang, namun saya fikir perlu untuk terus mengurangkan pelonggaran terhadap dasar monetari secara beransur-ansur”, ucap beliau dalam persidangan di Brooklyn.

Jangkaan pasaran berkenaan peningkatkan kadar faedah pada bulan Disember juga semakin meningkat walaupun sebahagian ahli ekonomi masih sangsi dengan pandangan Fed untuk menaikkan kadar feadah sebanyak tiga kali pada tahun hadapan.

Berdasarkan analisis daripada CME Group berkenaan kebarangkalian kadar faedah diubah pada setiap mesyuarat FOMC, keyakinan kadar faedah dinaikkan sekitar 1.25-1.50 pada bulan Disember meningkat sehingga 91.7%

Sumber: CME Group
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat