Fed Evans Tidak Bersetuju Dengan Tindakan The Fed Ketika Ini

52

Presiden Fed Chicago Charles Evans (pengundi) memberi isyarat pendirian yang berhati-hati dalam kenaikan kadar faedah yang seterusnya dalam ucapannya di Tokyo pada Khamis. Tambahnya lagi, kadar inflasi yang di bawah sasaran adalah “hasil polisi yang serius”.

Ekonomi ketika ini berada pada kadar pengangguran 4.4% yang kembali kepada gunatenaga penuh (full-employment), inflasi masih bergerak di bawah sasaran The Fed sejak lapan tahun lalu, kata Evans.

“Saya percaya jika kita komited terhadap objektif dengan cuba sedaya upaya mencapai sasaran inflasi simetrik lebih awal daripada lewat, ia adalah kunci sebenar untuk mencapai sasaran tersebut.”

Evans yang mengundi dalam penetapan polisi FOMC walaubagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik langkah untuk mencapai sasaran tersebut. Beliau sebenarnya memberi isyarat kenaikan kadar yang perlahan jika dilihat dari siri ucapan beliau sebelum ini.

Beliau menegaskan rakan-rakan ahli Fed yang lain (konservatif) terlalu bimbang dari sepatutnya di mana hati mereka terlalu lembut dan cuba mengekalkan kadar pengangguran di paras rendah yang tak stabil.

“Ia bermaksud, ahli Fed yang konservatif ini akan mengalami kesukaran untuk mencapai inflasi di atas sasaran.” Jika sasaran inflasi menjadi siling , katanya, ia akan semakin sukar untuk dicapai.

Beliau juga melihat kepada kajian yang dikeluarkan awal minggu ini yang menunjukkan bank pusat sepatutnya mengambil langkah lebih perlahan dalam kenaikan kadar. Dengan kadar faedah ketika ini di bawah 1%, jika berlaku kejutan kepada ekonomi ia akan memaksa bank pusat memotong kadar sehingga sifar dan juga terpaksa membuat program pembelian bon bagi merangsang semula ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat