Fed Fischer: Ketua The Fed Perlu Fleksibel Pada Masa Krisis

39

Tidak kira siapa yang mengantikan Janet Yellen, orang itu mestilah mempunyai ‘minda yang fleksibel’ untuk mengubah haluan semasa krisis ekonomi, kata naib pengerusi The Fed Stanley Fischer pada Rabu.

Menurut Fischer, “Karakter seperti itu diperlukan kerana seseorang itu berkemungkinan terpaksa berbeza dengan pengamalan biasa Fed dengan menawarkan solusi baru pada sesuatu masa atau sama ada setahun atau beberapa tahun.”

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka akan mengumumkan siapakah yang bakal menduduki kerusi pengerusi Fed pada bulan Februari, 2-3 minggu lagi.

Sebelum ini, Trump mencadangkan untuk melanjutkan tempoh penggal Yellen sebagai pengerusi The Fed. Namun, laporan mengatakan Jerome Powell juga telah dipanggil temuduga sebagai antara calon pengerusi The Fed tahun depan. Powell merupakan gabenor dalam lembaga The Fed ketika ini dan dikatakan lebih dovish berbanding Yellen.

Nama lain yang dilaporkan oleh media sebagai calon pengerusi The Fed ialah Kevin Warsh yang merupakan mantan gabenor Fed, Neel Kashkari pengurusi Fed Minneapolis dan John Taylor pakar ekonomi universiti Stanford.

Calon pengganti pengerusi The Fed juga menjadi faktor yang mampu menggerakkan US dolar di mana pasaran melihat kejatuhan greenback pada awal sesi Rabu apabila terdapat laporan bahawa Steven Mnuchin lebih memilih Powell sebagai pengerusi The Fed.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat