Fed Harker Jangka Satu Lagi Kenaikan Kadar Faedah Tahun Ini

49

Fed Harker pada Isnin mengatakan beliau menjangka kenaikan kadar faedah pada Disember walaupun masih berhati-hati dengan paras inflasi yang rendah.

Harker juga menjangka ada tiga kali kenaikan kadar faedah pada tahun 2018 selagi kadar inflasi bergerak di landasan yang betul.

Harker adalah seorang yang ‘centrist’ dalam penetapan polisi monetari Fed dan mengatakan bank pusat perlu meneruskan normalisasi polisi. Hal ini kata beliau disokong oleh kurangnya masalah kecil dalam pasaran buruh.

“Mengurangkan akomodasi (sokongan kepada ekonomi) adalah langkah seterusnya yang patut dibuat.”

“Dalam keadaan ekonomi yang terkena kejutan, saya mahu melihat alat monetari boleh berfungsi dengan efektif yang mana kita juga perlu mengurangkan penyata imbangan.”

Inflasi semasa di Amerika Syarikat masih lagi bergerak di bawah paras sasaran bank pusat 2% walaupun dengan pengangguran yang semakin berkurangan. Untuk rekod, bank pusat telah menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini dan satu lagi dijangka pada Disember yang membawa Fed Fund Rate ke paras 1.50%.

Harker mengatakan keadan ekonomi US akan menyokong kenaikan harga pengguna namun ia perlu disahkan oleh data-data ekonomi semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat