Fed Hawkish, BOJ Pula Dovish, USD/JPY Capai Paras Tertinggi Sejak 1998!

176

Mata wang safe-haven US dolar dan Yen menyajikan pergerakan yang menarik menuju penghujung minggu ini dengan keputusan mesyuarat polisi bank pusat bagi kedua-dua mata wang itu menjadi tumpuan pasaran.

Mesyuarat FOMC menjadi tumpuan terlebih dahulu di awal pagi tadi menyaksikan pengukuhan US dolar sebaik sahaja Federal Reserve (Fed) umumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas dengan isyarat dasar monetari kekal hawkish.

Sementara, Yen tepati ramalan untuk susut ekoran Bank of Japan (BOJ) tetap mengekalkan kadar faedah rendah di paras -0.10% dengan dasar monetari longgar pada mesyuarat polisi di sesi Asia sebentar tadi.

Justeru, US dolar kekal mendominasi dan mencatatkan paras tertinggi terbaru berbanding Yen sejak dagangan 1998.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY telah menyaksikan lonjakan terbaru harga telah melepasi zon rintangan minggu-minggu sebelum ini walaupun ada penurunan awal harga ketika reaksi awal selepas mesyuarat FOMC.

Harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk petunjuk bagi pergerakan harga kekal bullish.

Kenaikan harga setakat jam 3 petang waktu tempatan telah mencapai ketinggian 145.80 setelah melepasi zon rintangan 145.00.

Sasaran untuk kenaikan yang diteruskan dilihat akan menguji rintangan 148.00 yang menjadi puncak harga yang dicapai pada Ogos 1998.

Dengan kecenderungan harga untuk membuat kenaikan, paras ketinggian terbaru akan terus dicatatkan lagi minggu ini.

Namun waspada jika berlaku pergerakan harga yang melawan arah semula berkemungkinan dipengaruhi faktor profit taking di penghujung minggu atau faktor lain.

Penurunan semula harga akan kembali menguji paras 145.00 membentuk zon RBS (resistance become support) yang baru sebelum pelabur menilai reaksi harga untuk petunjuk arah selanjutnya harga.

Jika harga kekal membuat penurunan, melepasi paras sokongan MA50 akan memberi isyarat bearish untuk harga menuju pula ke sekitar 142.500.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat