Fed Kaplan Terbuka Dengan Sebarang Perubahan Dasar, Akan Terus Meneliti Pertumbuhan Inflasi

62

Presiden Federal Reserve cawangan Dallas, Robert Kaplan semalam mengatakan beliau akan terus meneliti progress ekonomi US ke arah pekerjaan tetap dan akan memerlukan lebih banyak tanda-tanda yang menunjukkan inflasi sedang meningkat. Hal ini kerana beliau lebih menyokong potensi kenaikkan kadar faedah akhir tahun ini.

“Saya kekal berfikiran terbuka untuk mengurangkan pelonggaran pada mesyuarat (Fed) akan datang”, kata beliau di Institut Penyelidikan Dasar Ekonomi Standford, disamping mengakatan peningkatan tenaga kerja menjadi kunci utama kepada pertumbuhan ekonomi.

Kaplan merupakan salah seorang ahli yang mengundi dasar monetari Fed tahun ini berkata beliau bimbang dengan isu global dan teknologi yang menyebabkan inflasi dalam keadaan lemah, walaupun pengangguran telah berkurang sehingga 4.2 peratus pada bulan September. Selain itu, pertumbuhan dalam pekerjaan tetap turut memberi sokongan untuk menolak inflasi lebih tinggi

“Sepanjang tempoh akan datang, saya akan terus meneliti progress ekonomi dalam menghilang kekurangan sektor pekerjaan, dan saya juga akan mencari bukti-bukti yang menunjukkan kitaran mempunyai tekanan yang cukup untuk mengimbangi pandangan kami dengan harapan hal ini akan menunjukkan kemajuan dalam mencapai objektif sasaran inflasi 2 peratus dalam jangka masa sederhana”, tambah beliau.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berada di paras 93.14 pada jam 10.44 pagi, naik 0.05% daripada paras pembukaan hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat