Fed Kaplan Menyokong Kenaikan Kadar Jika Ekonomi Terus Meningkat

32

Presiden Federal Reserve cawangan Dallas, Robert Kaplan menyatakan pada Isnin bahawa beliau akan menyokong kenaikan kadar jika ekonomi AS terus menunjukkan peningkatan.

“Selagi saya melihat terdapat peningkatan, saya akan menyokong kenaikan kadar faedah, kata Kaplan di Universiti A&M Texas.”

The Fed selama ini bergantung kepada data-data ekonomi dalam pendekatan penetapan polisi monetari, terutamanya data inflasi dan pengangguran.

Kaplan adalah ahli yang mengundi dalam FOMC (Federal Open Market Committee) tahun ini. Dalam mesyuarat terbaru beliau adalah salah seorang mengundi kenaikan kadar sebanyak 0.25%.

Pemain pasaran pula meramalkan dua lagi kenaikan tahun ini. Pasaran hadapan Fed Fund Future oleh CME menunjukkan hampir 50-50 kebarangkalian kenaikan kadar pada mesyuarat Jun.

Kita akan melihat majoriti dari ahli The Fed akan berucap dan akan menjadi panduan pasaran dengan data-data yang terhad minggu ini.

Pada Selasa, Presiden Fed Kansas, Esther George akan menyampaikan ucapan tentang ekonomi AS dan polisi monetari di Oklahoma.

Fed Evans (Chicago), Eric Rosengren (Boston) dan John Williams (San Francisco) akan berucapa pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat